KUALA LUMPUR 26 Mac – Kadar inflasi keseluruhan pada tahun 2007 meningkat pada kadar yang lebih perlahan iaitu cuma dua peratus.
Menurut Laporan Tahunan 2007 Bank Negara Malaysia (BNM), peningkatan harga dalam kategori makanan dan minuman tidak beralkohol mencakupi 47.1 peratus daripada kadar inflasi keseluruhan berbanding 29.7 peratus pada tahun sebelumnya.
Harga makanan dalam negeri sebahagian besarnya dipengaruhi oleh harga komoditi makanan dunia yang lebih tinggi, termasuk makanan asas isi rumah seperti beras, tepung gandum dan minyak masak berasaskan minyak masak.
Harga makanan global yang lebih tinggi disebabkan oleh faktor struktur dan kitaran termasuk permintaan yang lebih kukuh terhadap komoditi makanan daripada ekonomi pasaran sedang membangun seperti India dan China, penggunaan tanaman makanan bagi pengeluaran bahan api alternatif seperti biodiesel dan etanol, permintaan spekulatif dan keadaan cuaca buruk di negara pengeluar utama seperti Australia.
”Akibatnya, sumbangan harga makanan kepada inflasi keseluruhan dalam kebanyakan negara lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya,” menurut laporan itu.
Harga makanan dalam negeri juga terjejas oleh pembelian secara bermusim pada musim perayaan dan cuaca buruk yang menjejaskan aktiviti perladangan.
Kategori restoran dan hotel serta perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan mencatat sumbangan lebih tinggi kepada kadar inflasi keseluruhan disebabkan kenaikan harga penginapan hotel dan pakej pelancongan meningkat ekoran permintaan yang bertambah sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2007.
Selain itu, minuman keras dan tembakau juga menyumbang kepada Indeks Harga Pengguna (IHP) lebih tinggi selepas kerajaan mengenakan duti eksais tambahan terhadap keluaran tembakau pada bulan Julai.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, peningkatan dalam kadar inflasi keseluruhannya dikurangkan oleh penurunan harga barangan dalam kategori komunikasi, pakaian dan kasut berikutan persaingan global dan dalam negeri yang sengit.
**********************************************************************************************************************
Bagaimana hendak mengatasi inflasi? Buat simpanan di tempat yg boleh memberikan keuntungan lebih dari 2% (kadar inflasi 2007) seperti di CIMB WA yg menawarkan 10% hingga 20% setahun! Info di Kategori Pengurusan Kewangan
Filed under: Article, Pengurusan Kewangan



























