Menguruskan harta

MINGGU Amanah Saham Malaysia kini kembali lagi. Kali ini ia diadakan selama 10 hari yang bermula pada 19 sehingga 28 April bertempat di Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, Melaka. Pemilihan dua perkataan iaitu ‘amanah’ dan ’saham’ oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) sememangnya tepat dan dialu-alukan.Kedua-dua perkataan berasal daripada bahasa Arab. Amanah adalah syarat utama dalam pentadbiran dan pengurusan harta. Tanpa amanah, musnahlah sebuah institusi sama ada di peringkat bawahan atau di peringkat negara.

Manakala saham adalah bermaksud suatu sumbangan yang dihulurkan untuk membantu sesuatu institusi perniagaan. Semakin banyak sumbangan bermakna, semakin banyak peluang untuk meraih keuntungan atau kerugian.

Bermacam-macam pameran berkaitan pelbagai institusi kewangan sama ada di dalam negara mahupun luar didedahkan kepada masyarakat awam. Apa yang menariknya, masuk adalah percuma. Di samping itu, bermacam-macam aktiviti kewangan yang melibatkan pelbagai golongan dari peringkat kanak-kanak, pelajar sekolah rendah, menengah, kolej, universiti, kakitangan kerajaan, swasta, peniaga, yang bekerja sendiri hinggalah ke peringkat pesara turut diadakan.

Dalam tempoh 10 hari itu, masyarakat Malaysia akan didedahkan dengan perancangan harta bermula daripada mencari sumber kewangan, membelanjakan kewangan, melindungi kewangan, membayar zakat kewangan, menyimpan kewangan, membuat pelaburan dan sehingga membuat perancangan bagaimana mengagihkan kewangan kita kepada waris selepas peninggalan kita.

Oleh kerana banyak istilah kewangan yang berteraskan syariah berasal daripada bahasa Arab, maka kita perlu mendalami bahasa Arab agar maksud sebenar dapat dihayati. Antara istilah tersebut ialah baitulmal, zakat, takaful, gharar, riba, maisir, halal, haram, wisoyah, wasiat, hibah, waqaf, ar-rahnu, saham, al-bai bithaman ajil, rukhsah dan lain-lain lagi.

Skim takaful mendapat tempat utama kerana skim ini merangkumi banyak aspek iaitu pelindungan, simpanan, pelaburan dan pengagihan harta selepas mati. Selain itu, takaful juga adalah merupakan amalan yang mulia kerana peserta yang menyertai takaful adalah seorang penderma sepanjang hayat.

Dari segi perbandingan antara menyertai takaful, menyimpan di bank atau melabur di dana amanah pula, ternyata skim takaful sangat menguntungkan.

********************************************************************************************************************

CIMB WA merupakan cabang kepada CIMB Group yg menjalankan aktiviti amanah saham. CIMB WA mempunyai konsep One Stop Centre yg menawarkan 3 cabang produk utama yg meliputi membuat pelaburan (CIMB Islamic Unit Trust) , melindungi pelaburan dgn insurans (CIMB Aviva) dan melindungi pelaburan dgn penamaan wasiat (CIMB Trustee Bhd).

Leave a Reply